Saturday 1 November 2014



Info Info....

Sekiranya korang berminat untuk mencuba keropok ubi kayu beranyam, korang bolehlah berhubung secara terus dengan pengusaha keropok iaitu Pn. Tima Binti Suntong.


 Pn Tima binti Suntong merupakan pengusaha keropok ubi kayu beranyam yang agak terkenal di Lundu. Perusahaan keropok ubi kayu beliau pada mulanya di usahakan secara kecil- kecilan pada tahun 1994 dan beliau berjaya membesarkan perniagaannya iaitu dengan membuka pusat memproses keropok ubi kayu beliau sendiri. Projek keropok kayu ubi beranyam beliau merupakan projek bimbingan Jabatan Pertanian Sarawak.











 Macam mana nak berhubung dengan beliau?


Macam nie caranya....Korang boleh menghubungi beliau di talian 013 - 8950160 atau 082- 734693.
Kalau korang nak tengok secara live pengusahaan keropok ubi kayu beranyam nie,pun boleh. Korang boleh pergi ke pusat memproses keropok ubi kayu beranyam beliau yang beralamat di
No. 48 Kampung Seketi , 94500 Lundu Sarawak.

*Gambar kat bawah tu merupakan papan tanda ke jalan masuk pusat memproses keropok Pn Tima nie.

Saturday 25 October 2014


KEROPOK UBI KAYU BERANYAM


Keropok ubi kayu beranyam merupakan salah satu makanan tradisional yang boleh didapati di Lundu, Sarawak. Keropok ubi kayu di perbuat daripada bahan asas  yang terdiri daripada ubi kayu itu sendiri. Bentuk keropok ubi kayu ini agak unik kerana ia di anyam terlebih dahulu sebelum di keringkan.



*gambar kat atas nie merupakan proses menganyam keropok ubi nie.. Tapi yang nie belom siap kering lagi la